hang nak tengok pa?? mai laa~

Oct 18, 2012

Pilihanraya KAMPUS~ kenapa aku??

-ASSALAMUALAIKUM-

lameeeee sgt dah tak update blog..petang nie ase nyer nak bercoret mengenai perkara paling INDAH dan memberi pengalaman yang PALING berharga kepada diri sebagai seorang MAHASISWA..

tanggal 25hb September 2012, bermulanya cerita baru dlm hidup aku..dimana aku mula melibatkan diri secara menyeluruh dalam arena POLITIK KAMPUS..aku bertanding bagi KERUSI UMUM TAHUN 1 DAN TAHUN 2...sepanjang berkempen, of cos banyak benda terjadi, suka lara duka semua ada...cuma xleh nak pi cerita panjang dalam nie...puak2 G*UKM ada merata..sat gy diaorang putaq belit cerita dalam nih, mampus PAP keluar plak kat blog dieorang 2 page punya cerita..hahaha klakar lah dieorang nih...tapi itu lah politik kampus, yang telah diadaptasikan berdasarkan cerita politik luar...kekadang diri nie merasakan, UNIVERSITI bukan dah lagi sebagai gedung ilmu, tetapi medan membantah, membetah dan medan menjatuhkan org lain sedangkan sesama saudara.....


sy ingin sekali berkongsi dengan semua, mengenai keprihalan GMUKM (tadi x berani sebut, takut pecah mulut)...hahaha
pada 17hb Oktober 2012 (RABU), sy terpanggil dengan satu komentar pelajar yang mengkehendaki PMUKM sesi lepas buat AGM dan bentang kewangan sbbnya kami bayar RM10 utk aktiviti PMUKM...ade lah dgr dr sumber yang sahih, sesi lepas banyak gelapkan duit, selain kegagalan Pesta Konvokesyen yang rugi hingga RM30,000....Ezuan Saad telah 'terpanggil' utk menegakkan 'keADILan"..kononnya, kemudian sy interrupted dan menyatakan pendirian sy mengenai perilaku mereka menggelar pihak ASPIRASI sebagai UMNO-KAMPUS...hahaha mmg klakar dieorang nie, KONONNYA menurut pejuang "keADILan" tersebut mereka ada bukti kukuh mengatakan MPP lepas terlibat dgn BN dan pendaftaran PUTERI UMNO...hahaha mereka nie berkata mcm mereka ni BAIK sgt dan TAK PERNAH terlibat dgn gejala2 politikus dan demonstrasi.....haiiii PAS-KAMPUS... =)

kemudian sy dihentam teruk oleh 3 orang, hahaha relax jer lah kan, ade siap suruh letak jawatan sbg MPP, wooooo , tertanya balik WHO ARE YOU?? haha bukan dr kalangan 2627 pengundi, then melalak suruh org len letak jawapan....what a pity.. =) tp xpelah...itu "hak" mereka...haha kemudian timbul plak bab JAKSA....soalan2 bodoh yang tak spatutnya dilontarkan oleh MAHASISWA....ehem, JAKSA is stand for JAWATANKUASA KEBAJIKAN SISWA/I....jawatankuasa buat AGM???? bentang kewangan KOLEJ??? WTH?????? JAKSA makan duet pelajar RM100??? yang paling best, "kami mahu semua data kewangan JAKSA dibentang tidak kiranlah kewangan yang dapat dari kolej dan DICARI SENDIRI...keADILan kah, jika kami AJK penat lelah cari duit then nak kena belanja utk mereka-mereka yang hanya menjadi pemantau kehormat dibilik?????? dan lagi satu, JAKSA hanya dianggotai oleh badan eksekutif pelajar yg telah dilantik oleh kolej...bawah JAKSA ada sekretariat-sekretariat dan sekretariat ini lah yang akan buat AGM dan bentang kewangan sekretariat serta kelab......sangat sedih ngan dieorang nih....yee lah mungkin makan hati sbb tak terpilih menjadi "anak kesayangan" pengetua dan mungkin juga terkilan sbb kena bayar yuran kolej...hahahahahahhaha tapi pape pon, INNAMA A'AMALUBINIYAT...ok =) agaknya EZUAN SAAD terlampau sakit hati gamaknya, PAP keluar plak gambar-gambar peribadi sy...hahaha nampak sgt xdak modal sampai gambar sy ngan sepupu dikatakan HARAM, gambar sy pakai seluar 3 quarter pon dikatakan berdosa besar dan pelbagai lagi kata-kata "nasihat" dari EZUAN dan konco2 nya utk sy....tp xpelah, sy relax....dieorang kata sy GELABAH, tapi sy relax jer =) sy x tahu dan x faham, mereka bila diluar YA ALLAH, sebaik2 makhluk ciptaanNYA, tapi bila dialam maya, yang perempuan bertudung labuh pun, MASYAALLAH, mengejek sesama manusia...sy berkata berdasarkan bukti, dan sy ade crop semua perkara yg sy katakan diatas...ISIUKM konon..usrah bagai, perkenalkan kesyumulan ISLAM konon.....rasanya mereka ini perlu diusrahkan dahulu, sblum buka ahli untuk orang lain =) sesungguhnya, mereka bukan pada imej yang sebenar ...

dah laa, penat nak cerita pasal diorang niyh....tetapi sekadar nukilan yang akan menjadi bahan penghibur dikala tua nanti... BARAKALLAHUFIKUM....salam =)