hang nak tengok pa?? mai laa~

Oct 26, 2011

beSt dapat kaWan baRu daN muNgkIn akaN manJadi sahaBat~

selasa, pkul 8.30 malam, 25 nov 2011

salam tok semua. . . .huhuhuhu hari nie mmg best sekali dalam hidupku. . . .aku jumpa dah kawan2 yg sekepala ngan aku. . . .mereka adalah mohamad harris, kak anne, alia dan rauf. . . .huhuhuhu mreka mmg sporting giler. . . .

aku dan dak2 nie kuar jejalan. . .pada awalnya kami nak ke macD bangi jer, tapi memasing nak ke alamanda plak. . .huhuhu mmg beSt. . . .aku mkan dble cheese burger. . . .best giler waktu lepak2 kat macD alamanda, putrajaya. . . .huhuhu masa tu lah aku baru knal kak anne n perangai die mcm ner. . . .huhu best kot. . . .kak anne cerite kat kami kenapa die kuar dr group tarian. . . .mcm2 lah, tp yg pasti nyer aku mmg x percaya nie sume ade dlam dunia tarian. . . .tp x pelah, kerana minat akan ku teruskan jua. . . . =)

balik dari macD alamanda, kami singgah di downtown kajang2. . .huhuhu best gak sbb 1st time jumpa downtown, selama nie uptown jer. . .huhuhuhu mcm2 kdai yg kami pergy. . . .masa nak alek hahahaha jumpe kdai perfume, die jual RM20 jer minyak wangi jenama antarabangsa n wangi2 belaka. . . . .aku, kak anne n harris beli. . .hehehehe mcm2 lawak yg terjadi tp layan kan jer. . .mmg best =)

balik uh, kak anne ajak gy mapeler. . . .aku tertanyer ape tuh mapeler. . . .oohh upanya kedai mamak. . .hahahhaa sengal gak aku. . .masa nak otw ke kedai mamak kat bangi, ade laa satu benda kelakar jadi. . . .kak anne memberentikan kereta, aku ley tanya kat dia "eh kak, nape berenti. . .???" hahahahahha sah2 laa lampu merah. . . .hahahahhahaa dak2 nie kap, "takot nau kena tinggal tepi jalan. . . ." hahahahahaha klakar. . . .masa nie abg kol no. rauf sbb bateriku habis. . . kami balik dr kdai mamak uh kol 2.30 pagi, rabu, 26 nov 2011. . .kelanjur esok cuti deepavali n xde aktvt, so kami lenjan lah lepak sampai pagy. . .huhuhu . . .nie kat bawah antara gambar2 kami =) . . . .beSt kawan ngan dieorg, hope akan kekal lah ea kemanisan pada waktu sekarang hingga di masa2 akan datang. . . .insyaALLAH. . . . .ammiinnnnnnnn =) THANX UOOLZZ


 harris (fb : mohamad harris) dan aku


aku~(fb : al-azrol hasryn)

aliah (fb : aliah nordin)



  kak anne (fb : anne ishak)

 rauf suhaimi (fb : rauf suhaimi) dan harris

Oct 22, 2011

cHeritera_naDama kUtna raYa 2o11~





 ~SRIKANDI-SRIKANDA YANG TERCINTA~
RAYAKU 2o11





    












mata, hati dan CINTA~

sebelom uh aku nak ucapkan terima kasih pada muhamad ridzuan kerana ideanya pada cerita ini. . . .huhu

TUHAN menciptakan kita 2 tangan,,,2 mata,,,,2 telinga...dan segalanyer berpasangan...tpi kenapa TUHAN hanye menciptakan skeping hati???????????? sebab Dia mahukan hamba-hambanya mencari sendri apa itu sekeping hati...cuba kita renungkan jika sekeping hati yang suci menemui cintanya...nikmat cinta....Allah mengurniakan nikmat cinta kepada setiap hambaNya....bayangkan jka cinta yang datang dri hti yang suci dinodai dan dilukai...hmm x tahu lah nak kata apa. . .

ada sebuah kisah di mana seorang gadis buta yang terlalu sedih dengan keadaan drinya....pada ketika itu,,,tiada seorang lelaki pun yang ingin brkawan dgnnyer mahupun memberikan cinta padanya....setiap hari si gadis menangis...datang pula seorang pemuda yang benar2 tulus ikhlas ingin brkasih dgn gadis buta itu...siapa yang mahu brcinta dgn gadis buta????...tpi krana cinta yang tulus dari hti seorang lelaki yang sempurna....sudah lmer berkasih...si gadis menyuarakan hasratnya ingin melihat wajah kekasihnya itu walau seketika pun...beberapa hri kmudiaan,,,si gadis dipanggil ke hospital kerana ada insan yang sudi mendermakan matanya kepada gadis itu...dengan gembiranya,,,,gadis itu menjalani pembedahan mata dan seterusnya terapi sehingga beliau mampu melihat...seperti yang dihajati,,,si gadis ingin melihat wajah kekasihnya lalu brjumpa dgnnyer...malang sekali...tanpa diduga...kekasihnyer yang selama ini dicintainya buta...si gadis sangat sedih dan igin meninggalkan kekasihnya itu...tpi belum sempat si gadis meninggalkan lelaki itu,,,lelaki itu sempat berkata'jaga mata saya elok2' dan kerana tulusnya cinta yang diberikan,,,lelaki itu tidak pernah menyesal dengan aper yang dia lakukan demi untuk orang yang dicintainya,,,

Oct 21, 2011

hurmm janji jgn NANGIS!! k ~ part2

 Al-Fatihah buat Allahyarham adik Iqbal Fahreen.

Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang. 
Al-Fatihah buat Allahyarham adik Iqbal Fahreen.

Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.
...
Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'.


Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.

Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya.

"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," begitulah kata mak pada abah.

Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.

"Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!"

Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka.

Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang.

Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!"

Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan.

Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana.

Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak.

Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: "Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?" Itulah soalan mereka.

Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu? Empat tahun dua bulan mak membesarkan Abang. Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya. Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita Abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir. Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum Abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari. Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis?

Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.

Januari 2011- Perut Abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman Abang sudah rosak, sudah 'reput'. Tidak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk Abang.

26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah! Hah Hah.. Tergelak mak. Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah, Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur , tetapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang Abang minta. Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan Abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti. Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, Abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.



7 Mac 2011- Keadaan abang semakin kritikal. Perut abang semakin membesar. Abang tidak mampu untuk bergerak dan lebih banyak terbaring serta asyik sesak nafas. Mak semakin tidak tahan melihatkan keadaan Abang sebegini rupa. Mak bawa Abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat Abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi. Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan-lahan. Mak redha dengan ketentuan ilahi. Dalam hati mak juga terdetik, masa Abang sudah tidak lama lagi. Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan keadaan Abang? Mak cuma mampu untuk jawab, "InsyaAllah, Abang akan sihat!" Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tidak mahu mereka semua lemah semangat jika mereka tahu Abang sudah tiada harapan lagi. Mereka pun sedang bertarung dengan ujian Allah apabila anak-anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri yang telan.

13 Mac 2011- Hari ini merupakan hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa Abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah Abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan disaat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan Abang. Di rumah, setiap hari mak akan tanya, "Abang nak apa harini?"

Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab, "Mak, Abang nak naik kereta bomba!"

Mak termenung dengar permintaan Abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana?

Mak jawab, "Balai bomba!"

Sampai di situ, mak meminta izin daripada pegawai bomba. Mak kata padanya, Abang teringin sangat nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu cuma garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala. Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju Abang ke paras dada.

Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu, "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!" Bila lihat perut Abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tidak tunggu lama. Terus dicapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu. Lantas dia terus dukung Abang dan letakkan Abang ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembira sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Tetapi Abang tidak perasan, ketika itu mak palingkan muka selama lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.

Hari lain, mak tanya lagi pada abang, "Abang nak apa?"

Abang pun jawab: "Abang nak naik lori sampah!" Mak dukung Abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.

"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?" Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju Abang dan beritahu perkara sama. Terus berubah mimik wajah mereka. Segera mereka angkat Abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup untuk melihat Abang lama-lama. Sedih agaknya. Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Kalau Abang nak tengok gajah, mak akan bawa Abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa.

Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung Abang. Abang pinta nak tengok burung, mak bawa Abang ke taman burung. Abang nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja Abang nak pergi dan apa sahaja yang Abang inginkan, semuanya mak tunaikan! Setiap hari juga mak tanya Abang nak makan apa. Macam-macam Abang teringin nak makan. Murtabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung , rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikan walaupun makanan itu Abang pinta pada pukul 3.00 pagi.

Mak tahu dan faham, masa Abang bersama mak dan abah semakin suntuk!

27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Abang sudah tidak mampu untuk berkata-kata, apatah lagi untuk bergerak seperti biasa. Mata Abang kuyu dan Abang hanya mampu terbaring sambil memeluk Aina, anak patung kesayangan Abang. Mak segera pinta abah bawa Abang ke hospital.

"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!" Itulah kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.

5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama Kakak sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan Kakak pulang.

"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!" Mak pinta pada cikgu dan Kakak diizinkan pulang. Kemudian, Dr. Adura, doktor yang sinonim merawat abang juga datang melawat. Ketika itu mak ceritakan yang mak terkilan sangat tidak dapat tunaikan permintaan Abang yang mahukan kek berbentuk lori sampah.

7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat Abang lagi. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk Abang tengah hari ini. Rupa-rupanya, tengah hari itu tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura datang membawa kek lori sampah yang Abang mahukan sebelum ini. Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sangka, Dr Adura rajin menulis mengenai kisah abang didalam blognya dan ramai yang menawarkan diri untuk menyediakan kek yang abang pinta. Para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk Abang. Tetapi abang kurang ceria, wajah Abang tampak letih dan nafas abang turun naik.

8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tetapi abang sangat lemah. Abang sekadar terbaring merenung kek itu. Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah Abang, bacaanya meningkat naik. Tetapi hati mak dapat merasakan yang Abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan Abang berada di dalam bilik. Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah Abang, mak peluk dan usap rambut Abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.

Dalam tangis itu, mak katakan pada Abang, "Mak tahu Abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu Abang nak pergi. Jangan tahan-tahan Abang. Pergilah menghadap Ilahi. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa sahaja hajat yang Abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan Abang dalam hidup mak walaupun seketika."

Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Mak juga berjanji bahwa mak tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia.

9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa Abang dah dekat sangat. Mak lihat Abang sudah kritikal. Wajah Abang sudah tampak biru, lebam! Dada Abang berombak, tercungap-cungap menarik nafas.

Abang sudah tidak mahu makan dan minum lagi sejak malam tadi. Pukul 8.00 pagi, abah dan kakak-kakak sampai. Mak suruh Kak Long bacakan Yaasin di sebelah Abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.

Pukul 3.00 petang, Abang semakin lesu. Lantas mak ajak Abang keluar berjalan-jalan.

"Abang, abang nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"

Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung Abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi Abang hanya minum seteguk. Kemudian, Abang lentukkan kepala pada bahu mak.

"Abang, tu tengok kat luar tu? nampak tak sinar matahari tu? Cantikkan?" Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu. Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.

"Abang ngantuk!" Itu kata Abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak. Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang. "Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak-kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja.

Sampai sahaja di wad, mak terus baringkan Abang di atas katil.

Dan Abang terus merintih dalam nada yang lemah, "Makkk..sakit perut..!"

Suara Abang amat perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi Abang.

"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan Abang pergi. Mak halalkan segala makan minum Abang. Mak halalkan air susu mak untuk Abang. Pergilah Abang. Mak izinkan Abang pergi!" Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalam mata Abang yang semakin kuyu. Saat Abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup Abang selagi Abang masih bernafas. Mereka kucup pipi Abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.

"Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu Abang dengar kamu menangis! Jangan seksa Abang dengan tangisan kamu semua!" Mak marah mereka. Mak tidak mahu Abang lihat kami menangisi pemergian Abang. Mak tahu, Abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput Abang. Mak tidak mahu tambahkan lagi kesedihan Abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya. Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat Abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.

"Pergilah Abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah.."

Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan Abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...

Pukul 3.50 petang, akhirnya Abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillahiwainnailahirajiun.

Mak kucup dahi Abang. Mak bisikkan di telinga Abang, "Tenanglah Abang di sana . Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak Abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!"

Abang, sekarang mak sudah dapat jawapanya. Mengapa mak tidak menangis? Pertama, Abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti. Kedua, apa saja keinginan Abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak. Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat Abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk Abang. Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi Abang dan menggembirakan Abang setiap saat dan waktu. Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti Abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran Abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan. Mak telah beri segalan-galanya melebihi seratus peratus untuk Abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tidak perlu menangis lagi.

Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa Abang tapi... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran Abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar. Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahannya yang gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidak lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa).

hurmm janji jgn NANGIS!! k ~ part1

 -Selamat Tinggal Ibu-

“KAKAK, tolong ambilkan ibu air masak,”
... kata ibu pada suatu malam selepas ibu penat bekerja. Tanpa disuruh-suruh, aku mengambil segelas cawan yang berisi air yang telah tersedia dan memberinya kepada ibu. Sudah menjadi kebiasaanku.

“Terima kasih anak ibu,” kata ibu sambil bersandar pada sofa yang dibelinya dari Paris . Suaranya lunak. Tanganku terus ke kepala ibu untuk memicit ibuku.

“Ibu penat?”

“Hmm…penat sangat. Tapi penat ibu terus hilang bila tengok kakak. Kakak dah siap assignment? Buat apa tadi?’’

“Dah siap lama dah. Sampai tertidur tadi kakak tunggu ibu. ibu dah makan?”

“Dah. ibu nak solat kejap ye.”

“ok,”
Jawabku ringkas. Aku tinggal berempat sahaja bersama ibu, Mak Mah dan Pak Samat di teratak kami yang terletak di Country Heights ini. Maahad? Sekolah lamaku dulu yang meninggalkan banyak memori.

Mentarbiah hati setiap waktu. Namun itu dahulu. Kini sekolah agama yang tersohor tidak lama dulu sudahpun bertukar menjadi SBP tanpa ‘i’ bersebelahan huruf ‘P’. Ayahku telah lama meninggal dunia. Ayah meninggal pada hari kelahiranku. Kata ibu, ayah tergesa-gesa ke hospital setelah mendapat panggilan dari pihak hospital yang mengatakan masa untukku lahir sudah tiba.

HUJAN turun dengan lebatnya. Sebagai seorang lelaki yang sudahpun bertukar ke title seorang bapa, Mustaqim berasa amat gembira menerima kelahiran puteri pertamanya. Tanpa menghiraukan hujan lebat yang mencurah-curah, Mustaqim sengaja menekan minyak mercedesnya meluncur laju ke hospital. Dengan hati yang berbunga-bunga riang. Dia mula terbayang-bayang wajah puterinya itu dengan senyuman isteri tercinta. Berkhayal. Indahnya! Tiba-tiba sebuah lori ESSO yang membawa muatan minyak membelok ke kanan lebuh raya Kajang Silk. Tanpa sebarang amaran. Bakal ayah ini panic dan menekan brek kereta. Kereta terperosok ke bawah lori tanker. Kepala ayah terkoyak menampakkan tengkoraknya apabila terhentak ke stering. Darah mengalir laju, tanpa segan silu. Selang beberapa minit lori itu “bom!” meletup!


TANGGG!
Dulang makanan yang dibawa nurse Munirah terjatuh. Ibu terkejut. Makanan bersepah di atas lantai hospital.
“Maaf ya, puan,” ujarnya serba salah.

“Tak mengapa,” ujar ibu tenang. Namun gejolak dalam hatinya hanya Tuhan yang tahu. Ibu amat gembira kerana aku dapat lahir dengan selamat akan tetapi ibu berasa cemas apabila kelibat ayah masih lagi belum muncul. Akhirnya, pihak hospital memberitahu ibu tentang kematian ayah. Ibu bagai hendak histeria ketika itu. Ibu amat sedih. Setiap kali teringatkan ayah pasti mataku akan berair. Ngilu terasa menghiris jiwa.

“Kenapa ni anak ibu?” soal ibu apabila melihatku.

“Tak ada apa-apa, bu,” jawabku ringkas. Suasana menjadi hening seketika.

“guess what, sayang?”

“What?”

“ibu terpaksa outstationlah. Seminggu pulak tu. Kali ni ibu kena pergi ke Ireland. Ibu ada mesyuarat dan seminar di sana. Kakak tak apa-apa kan?” kata ibu, mengenggam erat-erat tanganku. Mataku sengaja aku bulatkan.

“Kenapa lama sangat, bu?’’ rungutku. Entahlah…. Berat rasanya untuk melepaskan ibu kali ini biarpun aku sudah terbiasa ditinggalkan ibu.

“Mestilah lama. Dah namanya pun outstation. Hari tu lagi lama kan? Sebulan ibu di Beijing. Semuanya akan okay. Kakak janganlah risau. Doakan ibu selamat pergi dan balik ye. Kakak kan anak solehah.’’

“Tapi, bu…….. Ibu tak payah lah pergi. You’re the big boss, bu. suruhlah orang lain.’’ Kataku dengan nada sedikit merajuk. Mulut muncung.

“Muncung dia….. sedepa! Anak ibu kan good girl? Kakak 6 tahun ke 26 tahun?’’ pujuk ibu sambil mencuit hidungku. Seperti memujuk budak kecil. Tawaku dan ibu terburai.

“Okay boss! Mari kakak tolong ibu kemas baju. Ibu pergi esok kan?’’

“Yes, darling.’’ Ibu tersenyum.


HARI ini mendung semendung hatiku. Rasa tak sedap hati masih menyucuk-nyucuk hati ini. Dari semalam aku asyik berdoa. Ya ALLAH selamatkanlah perjalanan ibuku. Selepas bersarapan aku menghantar ibu ke lapangan terbang.

“Betul ke ibu nak pergi ni?’’ soalku setelah tiba di lapangan terbang.

“Betullah. Dah sampai kat airport pun. Takkan nak patah balik kot?’’ Usik ibu sambil mencubit pipiku.

“Jaga diri ibu baik-baik tau. Ibu call lah kakak tiap-tiap hari. Sampai sana terus call jugak tau,’’ kataku sayu sambil memeluk ibu.

“Hmm… ibu mestilah call anak ibu yang sorang ni. Kakak belajar elok-elok tau. Mak Mah ada dekat rumah. Kakak janganlah takut.’’

“Bu, kakak minta maaf kalau-kalau ada perbuatan atau kata-kata kakak menyinggung perasaan ibu. Halalkan makan minum kakak, ibu,’’ entah kenapa tiba-tiba sahaja ayat itu terkeluar dari mulutku. Aku sendiri tidak pasti. Wajah ibu aku pandang dalam-dalam.

“Ibu dah lama maafkan kakak. Kakak pun maafkan ibu ye. Ibu ada marah-marah kakak tanpa sebab…’’

“Tak… tak pernah pun,’’ kataku. Setitis air jernih tertumpah jua. Mengalir ke pipi. Terasa sungguh syahdu. Itulah kali pertama aku menangis di depan ibu.

Jauh disudut hatiku mengatakan inilah kali terakhirku bersama ibu. Dari kejauhan pemandu kami, Pak Mat bergegas membawa bagasi ibu.

“Sabila Husna… janganlah menangis, sayang. Ibu pergi tak lama. Minggu depan ibu balik. Jangan macam ni. Walau apa pun terjadi, kakak kena ingat ibu sentiasa ada dalam hati kakak,’’ tanganku dipegang ibu dan diletaknya tepat di jantungku.

"Ibu pergi dulu, sayang…’’ Air mataku mengalir laju tanpa disuruh-suruh mengiringi pemergian ibu.
"Ibu, I love you!’’

“Love you too, kakak,’’ kata-kata terakhir ibu sebelum pergi. Kata-kata terakhir yang tak akan pernah aku lupa.


“IBU? Bila ibu balik? Tak call kakak pun. Kesian ibu balik naik teksi. Kenapa tak suruh Pak Mat ambil ibu? "Kakak rindulah dekat ibu,’’ soalku apabila masuk ke bilik ibu. kelihatan ibu diatas sejadah, siap bertelekung.

Mungkin ibu baru sahaja selesai bermunajat kepada Yang Satu, fikirku. Aku mengambil tempat di sebelah ibu. bersalam dan mencium tangan ibu. Tangan ibu sejuk.

“ibu baru balik, sayang. Tapi kejap lagi ibu kena pergi,’’ kata ibu sambil mengusap kepalaku.

"Nak pergi lagi? Nak pergi mana? Ibu tak kesian kat kakak ke?’’ air mataku bergenang entah kenapa.Wajah ibu amat syahdu sekali.

Sambil berdiri, ibu berkata, "Kali ni ibu pergi lagi lama dan jauh. Kakak doakan ibu ya.’’ Aku menarik tangan ibu. namun, ibu melepaskannya dengan perlahan-lahan, meninggalkan aku sendirian.

"Ibuuuuuuuuu!!!!!!!!!!!!!’’


"KAKAK…Kakak… Bangunlah…’’ terdengar suara Mak Mah. Kenapa pulak lah Mak Mah kejut aku pagi-pagi ni? Subuh pun tak masuk lagi. Kelas mula pukul 10 pagi nanti.

"Mak Mah kenapa kejut kakak pagi-pagi ni?’’ soalku sambil menarik selimut.

"Ibu…’’

"Hah? Ibu ada call ke?’’ mataku terus cerah.

"Bukan…bila Mak Mah cakap kakak jangan terkejut tau. Janji?’’

"Yes promise,’’ kataku. Hatiku berdebar hebat. Aku membetulkan kedudukanku.

"Ibu… ibu dah tak ada.’’ Hatiku bagai direntap kuat apabila mendengar berita itu.

"Ap…apa Mak Mah cakap tadi? Dah tak ada? No, it can’t be. Baru tadi kakak jumpa ibu,’’ ujarku sungguh-sungguh. Rasa tidak sedap hati semakin memuncak bagai lahar gunung berapi membuak-buak meletus keluar dari mulut gunung berapi yang sudah lama pendam. Mataku berkaca. ‘’Ibu ada tadi.’’ Suaraku mengendur.

"Kakak… kakak mengucap. Bersabar. Tadi pihak hospital di sana telefon Mak Mah. Mereka kata ibu kemalangan dan koma. Kereta ibu terjunam ke dalam gaung. Banyak darah ibu hilang dan di kepala ibu ada darah beku. Mereka dah cuba sedaya upaya untuk selamatkan ibu tapi ALLAH lebih sayangkan ibu,’’ terang Mak Mah.

Air mataku seperti tiada nilai lagi. Mengalir deras sederas air sungai yang mengalir. Hidup ini terasa kosong dan tidak ada gunanya aku hidup. Mula-mula ayah, lepas tu ibu. Siapa lagi yang aku ada??? Ya RABB besarnya ujian yang KAU berikan padaku. Tika ini bergema dalam hatiku sebuah suara, yang tidak tahu datangnya dari siapa, membisikkan semangat dalam diriku, ’’Cukuplah ALLAH bagiku; tidak ada Tuhan selain DIA. Hanya kepada-NYA aku bertawakkal.’’

"ASSALAMUALAIKUM ibu, kakak balik dulu. Esok kakak datang lagi. I love you, ibu,’’ kataku setelah selesai membaca Yaasiin dan berdoa. Sudah sebulan ibu meninggalkan aku. Sambil melangkah pergi meninggalkan kubur ibu, dengan keadaan yang damai kurasakan, aku memejamkan mata.
“kakak…”

Tiba-tiba suara itu menerjah ke gegendang telingaku. Tidak pula aku membuka mata untuk mencarinya. Sungguh aku kenal suara itu kerana suara itu akan sentiasa bergema dalam hatiku buat selama-lamanya.

♥<3bersyukurlah kepada sesiapa yang masih mempunyai ibu bapa♥♥

apa yG dikatakaN "mak, kaulah seGalanYa" . . . .


 ibuku, srikandi arpah bte hj yahya

ini merupaKan satu kisah yg menarik yg aku nak kongsi, , ,acap kali, bila baca, aku akan teregt kan mak aku kat kampung. . .mcm2 kesusahan yang die telah alami untuk membesarkan adik2 aku dan keluarga. . . .aku ceritalah sikit ttg mak aku. . .nama dia arpah bte hj yahya. . . .dia lah srikandi pertama yg aku lihat setibanya aku di dunia. . .menikah dengan md azhar b. abd rahman pada tahun 1990. . .aku lahir ogos 1991. . .perkahwinan itu mak kata indaaaahhhh sekali.. . .tapi panas x sampai ke petang, hujan di tengah hari. . .selepas adik aku ashikin md azhar berumur 2 tahun, mak dan ayah bercerai. . . .kesian kat mak, kerja siang malam tapi x pernanh tinggalkan kami. . .walaupon ada dinner atau apa lah sekalipon event di kilang, die x pernaah nak atau rela tinggalkan aku dan adik. . . .mak ajar aku dan adik membaca kenal ABC. . .tapi mak tak mampu nak ajarkan agama lalu mak beri tugas tu pada nenek, jariah bachik tok ajarkan ALIF BA TA sampai aku di tahap membanggakan mak aku di mana aku terpilih ke sabah tok tilawah peringkat kebangsaan mewakili negeri melaka pada tahun 2003. . .tapi kalah, eku egt lagy mak kata "xpe, mak selalu bangga dengan apa yg abg buat, jgn sesekali hampakan emak yer". . .mak selalu kata mcm tuh sampailah aku ke universiti. . . .bile setiap kali die kol, sty die akan cakap perkara yg sama. . .teregt lak masa tuh, mak pergi bicara kes tuntutan nafkah kami. . .mak susah payah pergi sorang2 nek bas n teksi, tapi ayah pergy dengan mercedes nyer sapai 3 buah. . .mak ok je wktu tuh. . .mak balik, mak tanya aku "abg, abg bangga x jadik anak mak?" aku kata"sangat bangga". . .masa nie umur aku 6 tahun. .mak kata balik"abg, walau apa pon jadik, mak xkan bagy abg pada ayah dan mak nak abg tahu, mak sayang abg dan kakak. . ." aku terus masok bilik air (xtahu lah knapa bilik air) nangis semahu2 aku. . . .

tatkala besar, mcm2 dah keperitan dan kesedihan yg kami lalui berdua atas kerana sikapku yg berubah. . . .sedih sgt waktu tuh, aku x mampu nak lekang air mata mak drpd mengalir. . . .tapi apa lagy yg aku boleh buat. . .??? kehendak hati semua hancur. . . .tapi bila aku sedih, mak sentiasa ada untuk aku. . .nampak sgt kan, mak walau mcm mana pon, die x kan buang anaknya. . . . .maafkan abg mak, atas segala kesilapan abg. . . .abg dan kakak akan sentiasa ada menjadi permata mak dunia dan akhirat. . .wassalam~

peneman di waktu hati sedang lara~

 
ayushita : tuhan berikan aku cinta

~lama dah ku tinggalKan, kiNi aku jumpA di kAu kemBali~

BLOG ku.. . . .my life : muhammad   azrol =)

lama sangat sangat dah aku tinggalkan kau. . . .blog nie di cipta atas dasar ingin berkongsi sesuatu tentang isi hati dan luahan hati, rintihan seorang manusia kerdil yang bernama muhammad azrol md azhar. . . dulu bukan maen lagy aku wat blog nie, mcm2 benda aku belajar dan akhirnya menjadi ikutan rmai ahli kelas aku. . . . .mmg best berbloging nie, tapi kerana desakan sesuatu aku terpaksa tinggalkan dia. . . .

dalam blog nie gak lah tersimpan 1001 memori suka dan duka hidup aku di matrikulasi. . .jatuh, bangun, pilu, suka dan duka bersama 6 sahabatku. . .wan, daus, faizal, aizue, bukhari dan aku. . . .sebagai tanda penghargaan aku hadiahkan blog 'geng kami x kesah" untuk dieorang. . . .asalnya kami nak share dengan dunia betapa bahagianya kami berenam bersahabat dan dgn harapan ianya kekal sejati sampai bila2. . . .tapi bila sorang buat hal, yang lain x mampu nak support sorang yang sedang mencari2 dalam kegelapan tangan kawan2nya untuk keluar mencari cahaya. . . .sdih pilu hanya dapat di kongsi dengan seorang. . .mana yang lainnya. . .?? hmm entah lah. . . .sejati. . .??? tiada lagy. . .mungkin aku akan simpaaaannnn jauuuhhhhhh di sudut hati nie kenangan bersama korang. . . .insyaAllah, kalau tiada aral melintang mahupun mati datang menjemput kita akan dapat bersua kembali dan bersama ketawa riang menceritakan kisah hidup masing2. . . .amat lah indah pada waktu itu kan??? di mana lah sahabat2 ku semua. . . . .??? hilang dalam cahaya, terkambus dalam gelita. . . . .

akhirnya setelah sekian lama, aku dapat gak membuka kembali kebuk memori ini. . . . .bila aku dapat ja membuka blog nie, aku sangat gembira. . .sangat sangat gembira. . . .hanya TUHAN saja yg tahu bagaimana gembiranya hati nie. . . . .roomate aku, rauf suhaimi nampak bagaimana lirik senyuman puas dan sedih tergambar di wajahku. . . . .aku x mampu nak kata apa waktu tuh. . ,masa pada waktu tu 2.10 pagi, 21hb oktober 2011. . . .mmg aku sangggaaattt gembira. . .gembira sbb aku jumpa kembali sahabat2 lama aku. . .tapi aku sedih mereka hanya pada nama dan maya, pada realitinya entah lah. . . . teregt kat hati nie, adkah dieorang egt aku mcm ne aku egt dieorg. . . .??? aku sayngkan korang. . .susah tok cari sahabat yg setia mendengar setiap kata hati sahabatnya. . . . . .menghulurkan tangan ketika kawannya terperosok jauh ke tengah gelita. . . .maaf lah. . .aku banyak bercerita mengenai 6 sahabatku sebab mereka lah blog ini tercipta. . . .

tetiba waktu ini, aku teregtkan roomate aku dulu di bilik B2.3 blok al-khindi, kolej matrikulasi johor. . . .nama dia zakaria b. ismail. . .die mmg seorang sahabat yg baik. . . .kami sentiasa bersama di waktu suka dan duka. . .teregt kembali waktu nak PSPM II, kami tengok vdeo korea sama2 n touching sama2. . . .susah nak dapatkan memori tuh. . . . .mas tengok cerita my girl friend is gu miho dan you're beautiful. . .aku sukaaa sgt lagu dalam drama tersebut. . . .demi kawannya, zakaria dalam keadaan terbaring, die download kan lagu2 tuh tok aku, sedangkan aku x tahu pon yg die ngah download lagu2 tuh. . . .tetibe die minx aku on kan blutooth. . .aku on kan. . ,die sent semua lagu2 tuh. . .aku mmg tak leh nak kata apa. . . . .mmg gembira mcm nak nangis sbb die wat benda yg aku suka. . . . . .masa kami kurang duit, mas tuh da nak habis matrik, kami dua hanya belanja 2 ringgit shj sehari demi berjimat. . .die ade 5 ringgit time tuh, die bagi aku pinkam seringgit. . .susah hdup masa tuh. . .ada tuh kami hanya makan tembikai potong wat makan tengahari. . .bergaduh ngan die pasal duet syiling sbb kami nak makan. . . . .mmg banyak kenangan ngan zakaria. . .sekarang die sedang belaja engineering kat utm. . . .alhamdulillah kami masih berhubung baik. . . . .kenangan tuh akn aku egt sampai bila2. . . . .

ALLAH ciptakan kita untuk kita corakkan hidup kita seperti apa yg di rancangnya. . .cerita ini hanya sekadar simpanan memori lalu tok tatapan masa akan datang. . . .mmg sedih bila egtkan memori masa lalu tapi lagy sedih apabila kita x dapat lagy jumpa dengan orang2 yang berada dalam kebuk kenangan tersebut. . .sekian, wassalam~