hang nak tengok pa?? mai laa~

Jun 21, 2012

cHeritera lamaku sekolah rendah~~

SALAM~~

huhu malam nie aku rase nak touching2 ngan sejarah lampau aku mase skolah rendah. . . .actually tadi aku pi perjumpaan ibubapa darjah 6 ngan para guru~~~ so, bile kesekolah uh, terus terbayang kisah2 mase zaman budak2 dulu dr darjah 1 ( 1998) hingga darjah 6 (2003), sedar x sedar dah 8 tahun aku tinggalkan sekolah rendah. . . .btw skolah rendah uh namanye SK MASJID BARU~~~ 


banyak sangat kenangan mase skolah rendah, dan alhamdulillah aku mampu meluahkan setiap peristiwa manis dan perit mase aku di skolah rendah. . .kenangan mase skolah rendah adlah kenangan yang mmg sangat haram!! boley dikatakan sgt haram jadah. . . . .sbb pe?? aku selalu dibuli, diejek oleh rakan sekelas malah ade yang BAND aku dr sertai apa2 permainan yang dieorang anjurkan~~~ok fine, aku mmg dr kecik xde lah SEGAGAH SEJANTAN mane pon, aku akui aku x pandai maen bola sepak, aku mmg skema n aku kurang pandai.  . . .tapi disebabkan layanan kawan2 waktu tuh, aku rase sgt bodoh. . . .tp xpelah. . . .

aku mulai menggapai kecemerlangan mase aku darjah 6. . . mase tuh darjah 6 Arif, dalam bilik darjah seramai 40 orang. . . .antara kenangan manis aku mase skolah rendah ialah aku menang tilawah peringkat daerah (di SKMB) dan negeri (di SMK(T) DATO' MOHD ZAIN), kemudian ke sabah. . .then, dapat anugerah pelajar cemerlang kedatangan tok dr darjah 1-6, nasyid dan plajar cemerlang pendidikan Agama Islam, mase tu aku dapat 100%. . . . .mak bangge sgt~~~

tp tuu lah, hanya secebis kenangan manis drpd selembar kenangan pahit. . . .xmampuu aku nak list2 kan satu persatu . . .tapi yang penting, malam ni aku dah luahkan secebis drpd secebis tuh dlm group darjah 6 skmb kat fb~~~~

pape pon, this is some pics of my school. . . . .take a look kay =) (nak lap air mata sat )haha











Jun 18, 2012

cHeritera ISRAK dan MIKRAJ

SALAM~~~~ aku hanya nak share cerita yang aku suka~~~~ 
edited from : http://lurim.blogspot.com 



Sebelum terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj adalah kerana bumi merasa bangga dengan langit. Berkata bumi kepada langit,

"Hai langit, aku lebih baik dari kamu kerana Allah SWT telah menghiaskan aku dengan berbagai-bagai negara, beberapa laut, sungai-sungai, tanam-anaman, beberapa gunung dan lain-lain."

Langit pun menjawab "Hai bumi, aku juga lebih elok dari kamu kerana matahari, bulan, bintang-bintang, beberapa falak, buruj, 'arasy, kursi dan syurga ada padaku."

Berkata pula bumi, "Hai langit, ditempatku ada rumah yang dikunjungi dan untuk bertawaf para nabi, para utusan dan arwah para wali dan solihin (orang-orang yang baik)."

Bumi berkata lagi, "Hai langit, sesungguhnya pemimpin para nabi dan utusan bahkan sebagai penutup para nabi dan kekasih Allah seru sekalian alam, seutama-utamanya segala yang wujud serta kepadanya penghormatan yang paling sempurna itu tinggal di tempatku. Dan dia menjalankan syari'atnya juga di tempatku."

Langit tidak dapat berkata apa-apa, apabila bumi berkata demikian. Langit mendiamkan diri dan dia mengadap Allah S.W.T dengan berkata,

"Ya Allah, Engkau telah mengabulkan permintaan orang yang tertimpa bahaya, apabila mereka berdoa kepada Engkau. Aku tidak dapat menjawab soalan bumi, oleh itu aku minta kepada-Mu Ya Allah supaya kekasih-Mu yakni Muhammad dinaikkan kepadaku (langit) sehingga aku menjadi mulia dengan kebagusannya dan berbangga dengannya kelak."

Lalu
Allah S.W.T mengabulkan permintaan langit. Allah SWT memberi wahyu kepada Jibrail AS pada malam tanggal 27 Rejab,

"Janganlah engkau (Jibril) bertasbih pada malam ini dan engkau 'Izrail, jangan engkau mencabut nyawa pada malam ini."

Jibrail A.S. bertanya, " Ya Allah, apakah kiamat telah sampai?"

Allah S.W.T berfirman, maksudnya, "Tidak, wahai Jibrail. Tetapi pergilah engkau ke Syurga dan ambillah Buraq dan terus pergi kepada Muhammad dengan buraq itu."

Kemudian Jibrail A.S. pun pergi ke Syurga dan dia melihat 40,000 buraq sedang bersenang-lenang di taman Syurga dan di wajah masing-masing terdapat nama Muhammad. Di antara 40,000 buraq itu, Jibrail A.S. terpandang pada seekor buraq yang sedang menangis bercucuran air matanya. Jibrail A.S. menghampiri buraq itu lalu bertanya, "Mengapa engkau menangis, ya buraq?"

Berkata buraq, "Ya Jibrail, sesungguhnya aku telah mendengar nama Muhammad sejak 40 tahun, maka pemilik nama itu telah tertanam dalam hatiku dan aku sesudah itu menjadi rindu kepadanya dan aku tidak mahu makan dan minum lagi. Aku laksana dibakar oleh api kerinduan."

Berkata Jibrail A.S., "Aku akan menyampaikan engkau kepada orang yang engkau rindukan itu."

Kemudian Jibrail A.S. memakaikan pelana dan kekang kepada buraq itu dan membawanya kepada Nabi Muhammad S.A.W. Buraq yang diceritakan inilah yang membawa Rasulullah S.A.W dalam perjalanan Israk dan Mikraj.

Jun 17, 2012

cHeritera CICI VOCADO n QISTINA LAVIOSSA

SALAM =)

hollaaa uoolzz. . .hari nie aku nak share satu benda yang telah membuatkan aku hepy giler~~~huhuhu
semalam (16 Jun), aku kuar gy midvalley. . . .gigih nak gy exhibition
PETWORLD depan ngan PETSHOP. huhuhu banyak gile binatang yang comey2 mcm hanjeng, kucing, burung, hamster, sugar glider n arnab~~~~ mmg mate rambang weiiiii kat situ. . . .semalam dieorang da start promosi yang giler2 disamping diskaun n jadik mmber free. . . . .huhuhuhu RUGI lah sape yg x amek kesempatan niyh~~~huhuhu


semalam aku rancang nak beli arnab. . .tapi pk2 die nak letak dalam kotak, so x jadilah. . .aku jalan2 gy, banyak giler kay booth. . .huhuhu then aku sampai kat satu booth dengan niat LILLAHITA'ALA nak beli serbuk kayu tok anak2 Soo Joo. . . .tapi last2 die kate beli satu cage hamster, free satu hamster discount 10%, patuh beli hamster lagy sekor ngan harga RM10 + 10% diskaun dan serbuk kayu yang berharga RM5 DISKAUN JUGAK 10 %. . . . .so total final price less than RM40!!!!!! MANE KO NAK DAPAT JAH!!! hahahahahhaha kat PETSHOP pon satu hamster uh RM34. . . . . .hahahahahhaa
jenis hamster yang aku beli niyh name jenisnyer WINTER WHITE. . . .tapi xde lah putihnya. . .mane celah putih aku pom x tahu~~~~hahahahah n name bagy dua2 ekor niyh kih kih kih. . .sgt best dan panjang k. . . .
jantan :
CICI VOCARDO dan betina : QISTINA LAVIOSSA. . . . .gewranddd x??? hahahahahha k bawah nie antara gambau nyer. . . . .have a look =) 













Jun 5, 2012

cHeritera PSD II, Baling, Kedah~~

salam uoolzz. . . . malam nie aku baru jer sampai dari baling, kedah darul aman. . .mmg sgt penat dan yg paling penting banyak pengalaman menarik yang aku dapat. . . .





aku dok sana, selama 3 hari mula gerak hari sabtu (2 jun) , 12.00 am n sampai di Pusat Belia Dan Sukan Baling, Ulu Lengong kol 9.00 am. . . .semalaman atas bas, mmg memenatkan OKAY. . .huhuhu

pastuh, hari pertama, erm mcm x best sgt sbb banyak LDK dalam dewan. . .tapi program2 tersebut banyak membina aku dari segi pengucapan awam. . .malam tuh, aku kumpulan ngan A'a, dayah, mirul, kak comot, intan n zubir. .kami wat forum yang bertajuk, "relevankah pendidikan negara : pemansuhan UPSR"~~~ huhuhu malam tuh aku jadik menteri pendidikan dan program berjalan dgn lancar. . . .




hari kedua (3 jun) palinnnnnnnggg best. . . .banyak benda aku dapat masa hari kedua. . .huhuhu paling syok sekali adalah aktiviti bersama orang kampung. . .mmg best. . .hahaha walopon kite ade kampung, tapi suasana kampung kat sini lagi best berbanding kat kampung sendiri. . .huhuhu buat PERTAMA KALINYA, hahaha aku menjelajah gua. .sblom nak sampai gua uh, mmg jalan dia yang amat payah k, lalu belukar yang sangat tebal. . . . ngok r gambor nih, mcm ner payoh nye kami nak lalu. . .siap jumpe sarang babi hutan lagy. . .hahahaha









   sarang BABI HUTAN =)


kemudian, sampailah kami ke gua. . . .kami ke 2 gua iaitu Gua Kelambu dan Gua Temuih (asalnya : tembus). . . first sekali kami ke gua kelambu. . .gua nie ada kisah mistik dan kisah silamnya. . .kisah mistiknya, gua tersebut terdapatnya ukiran batu semulajadi yang mengambarkan bentuk2 tertentu seperti bentuk kura2, anak gajah, gajah duduk, tempat puteri beradu, pasangan raja dan permaisuri, anak dalam selimut, gong silat dan kepala garuda. ikot cerita orang tua2, benda2 itu semua telah disumpah oleh raja gemalai ( ada pulak yang kata mat hasan kelembai ) telah menyumpah semua itu menjadi batu. . .ALLAHUA'LAM~~~ x tahu lah yer cerite sebenornye mcm ner. . .


                        ~> Gua Kelambu




Batu berupa anak gajah        tempat puteri beradu




   tempat puteri beradu          batu berupa kura2




 batu berupa kepala burung garuda         




huhuhu then cerita silam nya pulak, suatu ketika dahulu, Baling merupakan kubu kuat komunis. orang kampung sgt takut dgn komunis. kemudian, untuk menyelamatkan diri, mereka telah bersembunyi di dalam gua kelambu ini untuk sekian masa yang lama. .apabila ada kematian, mereka akan menggulung si mati dengan tikar dan di kebumikan di kawasan sekitar gua. . .kubur2 tersebut ada sampai sekarang di sekitar gua tersebut termasuklah kubur ketua kampung, Datuk Bandar yang kemudiannya ada kampung baru dibina dan dinamakan sempena nama beliau~~~~


       
                          kubur org kampung mase zaman komunis

       
          dikatakan kubur Datuk Bandar


kemudian, kami daki Bukit Baling, then kami ditemukan dengan Gua Temuih. Asal namanya ialah Tembus tetapi disebabkan pengaruh dialek setempat ianya menjadi Temuih. Dinamakan sebegini kerana pada waktu dahulu sebelum adanya jalanraya di kampung, orang kampung menggunakan gua ini untuk ke kampung sebelah (dari kampung Ulu Lenggong ke kampung Pulai Baling ) yang berada di belakang bukit. itu merupakan kisah silamnya. ada juga kisah mistiknya. didalam gua ini terdapatnya bentuk tapak kaki itik yang besar. tak tahu datang dari mana dan jenis apa dan benar kah ia, ALLAHUA'LAM~~~ kemudian kami menjumpai banyak kulit siput sedut yang hanya dijumpai dikawasan berselut air masin. . .tetapi banyak pula didalam gua yang jauh daripada laut. 

Gua Tamuih dan Gua Kelambu ini merupakan sebahagian daripada bukit batu kapur, bukit baling. Bukit batu kapur terjadi kerana adanya mendapan fosil haiwan laut. tetapi mistiknya bagaimana kulit siput sedut itu ada merata2 dilantai gua. menurut kata orang tua2, kawasan tersebut merupakan kawasan orang bunian. ada cerita dahulu, apabila orang kampung melalui kawasan gua ini untuk ke kampung sebelah, mereka ada terbau masakan daripada kawasan gua. benarnya cerita tersebut, hanya ALLAH sahaja yang tahu =) 

~> kawasan gua  ~>pendakian ke gua ~> tapak kaki itik


     ~> pandakian ke gua          ~> pintu gua




      ~> dlm gua                  ~> kerang siput sedut

habis tuh, kami pulang ke kem dengan menyusuri sungai. sungai tersebut agak besar tapi sebenarnye x dalam pon. . .hahhahahah mmg best dan aku mase tuh sangat JAKUN okay!! hahahahaha sampai2 je ke kem, tido kejap kemudian kami ke Sungai Petani. . .sumpah! xde bende pon kat sungai petani. . .huhuhu dahh laa panas n penat sangat berjalan hanya utk mencari KFC dan durian. . . . .gila kan?? hahahaha itu lah baru namanya travel, kalo stkat travel nak dok dlam hotel rase air-cond bek x yah jalan, membazir masa!! hahahhahaha

 ~> menara jam SP      ~> aku =) hehe

dalam kami tengah jalan2, jalan2 sama alwadie dan shahir, tiba2 aku terjumpa satu kedai makan. pada mulanya aku egtkan kedai melayu sbb siap dengan ALLAH, MUHAMMAD dan BISMILLAH bagai, tapi itu hanyalah kedai yang "join venture" dgn kedai cina yang menjual arak. . . . .hmm mcm ner lah PAS Kedah memerintah mcm nie. . . .persoalan juga diutarakan oleh alwadie sbg seorang supporter PR. . .hahahha

nie lah kedainye. ley zoom kalo x caye. . .haha

malam nya pulak kami ke kampung yang kami dok pi selalu, mlm nih ade tahlil, BBQ n pertunjukan tomoi. . .yang paling best, kami dijamu nasi buluh yg xde kat mane2. . .hahahhaha unik sgt budaya msyarakat kat sini. . .yang paling BEST n LAWAK, aku first time TOMOI ngan si bulat. . .hahahahahha sangat kelakar k, zapin, inang, asli semua keluar!!! hahahahahahhaha orang dok gelak jer, seuss aku takot, takot kalo die bagi sekali kat kepala, perghhh hajer kan tingtong pale aku sampai esok. . . .hahahahha tapi gambar aku tomoi xde plak, sbb x dapat amek kan. . .huhuhu xpelah, cerita pon dah ok =)

habis jer program, kami terus ke kolam air panas Ulu Lengong. . .best sangat dapat mandi air panas semulajadi dan ini juga pengalaman kali pertama bagi aku =) huhuhuhu. . . .sangat best k. . . .kami balik hostel dalam kol 3.45 am. . . . . .sangat penat dan aku terus TIDO~~~ HUHUHUHUHU

k lah, nie jer cerita menarik yang aku nak kongsi. . .harap2nya dapatlah memberi info yang menarik bagi anda dan paling kurang pon dapatlah menghiburkan hati serba-sedikit =) huhuhu ok, nyte n jumpa gy pada entri akan datang =)~~~~~ bye























Jun 1, 2012

cHeritera~~ala canggung huaahh!!!

hari nie nak celoteh banyak bendaa~~~ semua benda yang aku suka. . .lantak pii laa kan orang nak kata aku jaja cerita sana sini, tapi yang penting aku puas sbb MAMPU kongsi cerita menarik ngan anda semua. . .tahniah!! anda semua telah terpilih tok dengaq cerita drpd saya. . . . .hahhahahah


utk yg nie plak, juz nak share pasal tarian kiteorang, canggung, first time perform in UO~~~ hahahahha curlas kan??? dari sini sebenornyer aku start suka tarian asli. . . . .kalo nak harap aku wat kontem, MAMPOS xkan jadik. . . .KONGKANG!! hahahahhaha


btw, there are some pics that i could share wif uoolzz. . . . .thanx cz viewing n reading my page =) sayang yoouu allzz. . .hehe






~~ baju nie besar but i like it sbb sgt sesuai tok wat inang n canggung ~~
=)

cHeritera~budaya bangsa

salam uoolzz. . . .huhuhu lama sudah x update blog. . . .huu~~~
hari nie aku terasa nak cerita pasal ICAF~Inter-College Arts Festival. . .event ini merupakan event besar bagi pencinta-pencinta kebudayaan seperti tarian, dikir barat, nasyid, band dan nyanyian. . . .yang paling menarik sekali event nie dikendalikan dalam bahasa Inggeris. . . .ala ala nak menginternasionalkan budaya kita~~~ perkara yang baik kan, HARUS sokong!! hahahahaha

btw. . .team Kolej Ungku Omar, UKM antar wakil tarian, nasyid n dikir barat. . .alhamdulillah semua nyer ade menang dalam pelbagai kategori. . .terutamanya dikir barat. . . .wahhhhh!! gewrand laa uoolzz dapat duet banyak laa sem depan. . . .hahahahha

tarian pon x de kurangnyer, siap dapat anugerah khas juri, anugerah penari lelaki terbaik, anugerah kolej harapan, anugerah make-up terbaek dan ade dua tiga lagy anugerah, aku pon x hengat!! hahahaha

banyak sebenarnyer cerita sebelom dan pasca ICAF. . .mase sebelom ICAF, mmg banyak sangat pendam perasaan, tapi kite cool jer k. . .sampai lah ke habis ICAF. . . .team PENARI UO paling tiptop OKAY. . .wlopon x menang, tapi tetap juara di hati. . .oh yaa, kelab kami namanya TITIS TARI~~~xpelah uoolzz, sem depan ade lagy kan, kite wat terbaek k. . . .xmu dah tingtong or ade masalah kat atas pentas. . . . . .



btw, nak ucapkan terima kaseh bebanyak pade yg dah ngajor sy menari, pada kak bayu, thanx soo much, walopon x dpat wat sebangga mane pon tapi alhamdulillah memuaskan hati lah. . . . . . .ok, malas nak celoteh panjang, kat bawah nie, antara gambaor kiteorang menari. . . . . =) CANTIK n GEWRAND!!! sayang uoolzzz. . . .

cc : kak amy herbalife, kak amy, arie, rauf, yuroni, harris, tengku muhammad aliff, suci, farha, zaihan dan aliah nordin . . .sayang uoolzz =)





 




















 



nie plak vdeo kiteorang untuk dua2, tarian asli, inang dan kreatif =)




~~ kreatif ~~




~~ inang dan asli ~~