hang nak tengok pa?? mai laa~

Nov 28, 2011

baLik taBir uLek maYaNg~

mase ngah serch vdeo tarian, tetiber tertarik plak ngan ade satu tarian nie ulek mayang dr terengganu. . . .serch la plak kan ttg sejaran tarian nie. . .ade bnyak version tp nie version yg pling terkenal. . . .bace lah~
 
LAGENDA ULEK MAYANG:

Menurut lagenda, sekumpulan nelayan yang tinggal di kawasan perairan Terengganu pergi ke tengah laut menagkap ikan. Tiba-tiba di tengah laut berlaku pula rebut besar, angin yang bertiup kencang dari pelbagai arah dan ombak memukul sampan mereka.. Kesemua nelayan tersebut tercampak ke dalam laut.. Mereka bersusah payah berenang ke pantai.. tetapi akibat kepenatan, mereka mengalah dan membiarkan badan mereka dipukul ombak..


Hari berikutnya, mereka telah dibawa ke tepi pantai oleh ombak.. Ajaibnya, seorang demi seorang bangkit dan mereka bersyukur kerana masih hidup.. Tetapi seorang sahaja nelayan yang tidak sedarkan diri lagi.. Dia kekal tidal bergerak dan seolah-olah telah mati.. Mereka percaya bahawa nelayan tersebut tidak mati tetapi semangatnya sedang merayau-rayau di dunia lain dan dipukau oleh puteri laut yang jatuh cinta kepadanya.. Selepas itu, mereka memanggil bomoh untuk mengembalikan rakan mereka..  Bomoh tersebut membawa beras bewarna, kemenyan dan mayang pinang. Ketika malam, berulah upacara tersebut dimulakan..


Dengan menggoncangkan mayang pinang ke seluruh badan nelayan tersebut beserta beberapa jampi, bomoh tersebut seperti dirasuk dan mendapat tahu bahawa nelayan tersebut telah dipukau oleh semangat laut.. Semangat puteri tersebut cuba untuk memukau kesemua nelayan yang ada tetapi hanya seorang sahaja nelayan yang terpukau dengan kecantikan puteri yang menggoda.. Bomoh tersebut cuba untuk membawa semangat nelayan balik ke darat tetapi apabila disedari oleh puteri tersebut, dia memanggil kakaknya untuk melawan semula bomoh tersebut.. Dalam perlawanan yang sangat dahsyat tersebut, 2 lagi puteri dipanggil dan seterusnya 2 lagi datang untuk melawan jampi bomoh tersebut..


Perlawanan diantara bomoh dan 6 puteri tersebut telah menyebabkan gegaran pada bumi…  dan apabila pertarungan tersebut sampai ke puncak, datang pula puteri ke-7 menjejaki daratan.. Puteri 7 merupakan yang sulung, paling cantik, kuat dan bijak.. Bomoh menggunakan peluang ini untuk merayu kepadanya agar dipulangkan semangat nelayan yang dipukau oleh adik-adiknya..


"Saya tahu asal usul kamu” berkata puteri sulung dan beliau memerintah semua orang, "Biarkan mereka yang berasal dari laut kembali ke laut, dan mereka yang berasal dari darat kembali ke darat".


Bomoh yang terhutang budi dan rakan-rakan nelayan menyampaikan puteri itu dengan nasi berwarna sebagai pengorbanan, suatu upacara amal yang berlanjutan diamal sehingga ketibaan Islam, untuk berhutang budi kepada semangat-semangat laut.

No comments:

Post a Comment