hang nak tengok pa?? mai laa~

Jun 5, 2012

cHeritera PSD II, Baling, Kedah~~

salam uoolzz. . . . malam nie aku baru jer sampai dari baling, kedah darul aman. . .mmg sgt penat dan yg paling penting banyak pengalaman menarik yang aku dapat. . . .





aku dok sana, selama 3 hari mula gerak hari sabtu (2 jun) , 12.00 am n sampai di Pusat Belia Dan Sukan Baling, Ulu Lengong kol 9.00 am. . . .semalaman atas bas, mmg memenatkan OKAY. . .huhuhu

pastuh, hari pertama, erm mcm x best sgt sbb banyak LDK dalam dewan. . .tapi program2 tersebut banyak membina aku dari segi pengucapan awam. . .malam tuh, aku kumpulan ngan A'a, dayah, mirul, kak comot, intan n zubir. .kami wat forum yang bertajuk, "relevankah pendidikan negara : pemansuhan UPSR"~~~ huhuhu malam tuh aku jadik menteri pendidikan dan program berjalan dgn lancar. . . .




hari kedua (3 jun) palinnnnnnnggg best. . . .banyak benda aku dapat masa hari kedua. . .huhuhu paling syok sekali adalah aktiviti bersama orang kampung. . .mmg best. . .hahaha walopon kite ade kampung, tapi suasana kampung kat sini lagi best berbanding kat kampung sendiri. . .huhuhu buat PERTAMA KALINYA, hahaha aku menjelajah gua. .sblom nak sampai gua uh, mmg jalan dia yang amat payah k, lalu belukar yang sangat tebal. . . . ngok r gambor nih, mcm ner payoh nye kami nak lalu. . .siap jumpe sarang babi hutan lagy. . .hahahaha









   sarang BABI HUTAN =)


kemudian, sampailah kami ke gua. . . .kami ke 2 gua iaitu Gua Kelambu dan Gua Temuih (asalnya : tembus). . . first sekali kami ke gua kelambu. . .gua nie ada kisah mistik dan kisah silamnya. . .kisah mistiknya, gua tersebut terdapatnya ukiran batu semulajadi yang mengambarkan bentuk2 tertentu seperti bentuk kura2, anak gajah, gajah duduk, tempat puteri beradu, pasangan raja dan permaisuri, anak dalam selimut, gong silat dan kepala garuda. ikot cerita orang tua2, benda2 itu semua telah disumpah oleh raja gemalai ( ada pulak yang kata mat hasan kelembai ) telah menyumpah semua itu menjadi batu. . .ALLAHUA'LAM~~~ x tahu lah yer cerite sebenornye mcm ner. . .


                        ~> Gua Kelambu




Batu berupa anak gajah        tempat puteri beradu




   tempat puteri beradu          batu berupa kura2




 batu berupa kepala burung garuda         




huhuhu then cerita silam nya pulak, suatu ketika dahulu, Baling merupakan kubu kuat komunis. orang kampung sgt takut dgn komunis. kemudian, untuk menyelamatkan diri, mereka telah bersembunyi di dalam gua kelambu ini untuk sekian masa yang lama. .apabila ada kematian, mereka akan menggulung si mati dengan tikar dan di kebumikan di kawasan sekitar gua. . .kubur2 tersebut ada sampai sekarang di sekitar gua tersebut termasuklah kubur ketua kampung, Datuk Bandar yang kemudiannya ada kampung baru dibina dan dinamakan sempena nama beliau~~~~


       
                          kubur org kampung mase zaman komunis

       
          dikatakan kubur Datuk Bandar


kemudian, kami daki Bukit Baling, then kami ditemukan dengan Gua Temuih. Asal namanya ialah Tembus tetapi disebabkan pengaruh dialek setempat ianya menjadi Temuih. Dinamakan sebegini kerana pada waktu dahulu sebelum adanya jalanraya di kampung, orang kampung menggunakan gua ini untuk ke kampung sebelah (dari kampung Ulu Lenggong ke kampung Pulai Baling ) yang berada di belakang bukit. itu merupakan kisah silamnya. ada juga kisah mistiknya. didalam gua ini terdapatnya bentuk tapak kaki itik yang besar. tak tahu datang dari mana dan jenis apa dan benar kah ia, ALLAHUA'LAM~~~ kemudian kami menjumpai banyak kulit siput sedut yang hanya dijumpai dikawasan berselut air masin. . .tetapi banyak pula didalam gua yang jauh daripada laut. 

Gua Tamuih dan Gua Kelambu ini merupakan sebahagian daripada bukit batu kapur, bukit baling. Bukit batu kapur terjadi kerana adanya mendapan fosil haiwan laut. tetapi mistiknya bagaimana kulit siput sedut itu ada merata2 dilantai gua. menurut kata orang tua2, kawasan tersebut merupakan kawasan orang bunian. ada cerita dahulu, apabila orang kampung melalui kawasan gua ini untuk ke kampung sebelah, mereka ada terbau masakan daripada kawasan gua. benarnya cerita tersebut, hanya ALLAH sahaja yang tahu =) 

~> kawasan gua  ~>pendakian ke gua ~> tapak kaki itik


     ~> pandakian ke gua          ~> pintu gua




      ~> dlm gua                  ~> kerang siput sedut

habis tuh, kami pulang ke kem dengan menyusuri sungai. sungai tersebut agak besar tapi sebenarnye x dalam pon. . .hahhahahah mmg best dan aku mase tuh sangat JAKUN okay!! hahahahaha sampai2 je ke kem, tido kejap kemudian kami ke Sungai Petani. . .sumpah! xde bende pon kat sungai petani. . .huhuhu dahh laa panas n penat sangat berjalan hanya utk mencari KFC dan durian. . . . .gila kan?? hahahaha itu lah baru namanya travel, kalo stkat travel nak dok dlam hotel rase air-cond bek x yah jalan, membazir masa!! hahahhahaha

 ~> menara jam SP      ~> aku =) hehe

dalam kami tengah jalan2, jalan2 sama alwadie dan shahir, tiba2 aku terjumpa satu kedai makan. pada mulanya aku egtkan kedai melayu sbb siap dengan ALLAH, MUHAMMAD dan BISMILLAH bagai, tapi itu hanyalah kedai yang "join venture" dgn kedai cina yang menjual arak. . . . .hmm mcm ner lah PAS Kedah memerintah mcm nie. . . .persoalan juga diutarakan oleh alwadie sbg seorang supporter PR. . .hahahha

nie lah kedainye. ley zoom kalo x caye. . .haha

malam nya pulak kami ke kampung yang kami dok pi selalu, mlm nih ade tahlil, BBQ n pertunjukan tomoi. . .yang paling best, kami dijamu nasi buluh yg xde kat mane2. . .hahahhaha unik sgt budaya msyarakat kat sini. . .yang paling BEST n LAWAK, aku first time TOMOI ngan si bulat. . .hahahahahha sangat kelakar k, zapin, inang, asli semua keluar!!! hahahahahahhaha orang dok gelak jer, seuss aku takot, takot kalo die bagi sekali kat kepala, perghhh hajer kan tingtong pale aku sampai esok. . . .hahahahha tapi gambar aku tomoi xde plak, sbb x dapat amek kan. . .huhuhu xpelah, cerita pon dah ok =)

habis jer program, kami terus ke kolam air panas Ulu Lengong. . .best sangat dapat mandi air panas semulajadi dan ini juga pengalaman kali pertama bagi aku =) huhuhuhu. . . .sangat best k. . . .kami balik hostel dalam kol 3.45 am. . . . . .sangat penat dan aku terus TIDO~~~ HUHUHUHUHU

k lah, nie jer cerita menarik yang aku nak kongsi. . .harap2nya dapatlah memberi info yang menarik bagi anda dan paling kurang pon dapatlah menghiburkan hati serba-sedikit =) huhuhu ok, nyte n jumpa gy pada entri akan datang =)~~~~~ bye























No comments:

Post a Comment